APA
HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya
fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -
dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi
mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
lagi.
WAKTU DZOHOR
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman.
Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi
mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam
hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang
yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari
dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia
warna oren ialah kreativiti.
Orang
yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan
jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita.
WAKTU
MAGRIB
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam.
Mereka
yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.
WAKTU
ISYAK
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan.
Waktu
Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya
bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam
sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan.
QIAMULLAIL
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari,
talamus dan hipotalamus.
Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah
secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya.
Semuanya
dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita
sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini.
Hakikat
ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya
atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.